Tuesday 27 January 2015

MAK AIIIIIII.......


Assalamualaikum Wth Wbh semuaaa....

Dup dap dup dap rasa di dada...
bila feeling nak mencuba
membuka blog yg hampir lupa pwordnye
tp Alhamdulillah berjaya juga
setelah terjumpa pword terselit celah drawer
akhirnya blog ku dapat dibuka
tetapi penuh sawang dan sudah tua
setua pemiliknya agaknye...

bila ku belek-belek blog ku ini
sunyi dan sepi
hampir tiada penghuni
sedih dan hiba rasa di hati
kenapa aku tak berupaya sehingga begini
sedangkan aku sudah berjanji
ingin berjaya menjadi blogger yang disegani...(achechewahhhh..huhu)
terkenal di sana sini
dapat pergi ke luar negeri
ke restoran sana sini
dapat tajaan pelbagai segi
sehingga dapat menambah ongkos sendiri
juga membantu meringankan suami
tak lupa untuk anak-anak yang disayangi
juga keluarga yang sudah berbakti
sehingga diri ini gagah berdiri....

rupa-rupanya catatan terakhir pada nov 2012
maknanya sudah tiga tahun blog ku tewas
disebabkan akukah yang malas?
atau angkara lain yg tiada belas?
ohhhh....

aku tidak mau berjanji lagi
aku cuma mahu bertekad pada diri sendiri
agar aku dapat berubah dan muhasabah diri
aku ada potensi
dan aku ada harga diri
akan kucuba dan kugagahi
mengupdate blog ku walaupun sebulan sekali....

hihihihihihiiiiii....

kepada semua yang memerhati
terima kasih daun keladi

ummi mahu mencuba lagi....




No comments:

Post a Comment